CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, November 13, 2009

Thursday, November 12, 2009

Rancangan Perniagaan

Check out this SlideShare Presentation:

Rekabentuk dalaman






Rekabentuk luaran





Diari hidup Nur..

Assalamualaikum w.b.t

Segala puji dan syukur buat pencipta seluruh alam. Allah Subhanahuwataala. Selawat dan salam buat tokoh keamanan teragung. Nabi Muhammad s.a.w

Masih ingat lagi di awal semester ini, Nur bersemangat untuk belajar. Namun begitu, permulaan sahaja sudah mencabar, apatah lg hari-hari seterusnya. Masa banyak dihabiskan dgn mengarang, memikir dan menganalisis maklum sajalah ekonomi. Pengkhususan dalam kewangan dan fiskal bukanlah suatu yg mudah malahan sgt2 mencabar bermula dgn kisah perbelanjaan awam, eko percukaian, ekonomi kewangan sehinggalah kaedah penyelidikan. Semuanya payah!

Dalam kepayahan, ada jugak kisah2 yg lucu dan x masuk dek akal..hehe..semuanya kenangan. Nur percaya semua org ada pengalaman yg sama. Kehidupan yg dikelilingi oleh org yg kita sayang dgn org yg syg kita menjadikan hati kita sentiasa berbunga. Kalau hati ini ada skrin, mesti semua nampak Nur tengah tanam bunga ros. Ibaratnya begitula ye.hehe.


Glitterfy.com - Glitter Graphics


Tak lepas juga dgn kesedihan dan kemurungan. Tapi, pada Nur kalau dilayan perasaan sedih tu x kemana pun. Nur cuba positifkan minda dan hati Nur kerana bagi Nur Segala yg dtg adalah rezeki pd kita dan segala yg pergi bukanlah ditakdirkan utk kita. Semuanya ada hikmah. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Pemurah. InsyaAllah..

Dan di akhir semester ini, banyak perkara yg membuatkan Nur semakin matang. Nur, bukanlah insan yang sempurna. Maafkan Nur jika ada menyakiti hati sesiapa dan terima kasih kpd semua yg hadir membahagiakan hidup ini.

Salam ukhwah.





Tuesday, November 10, 2009



Sikap boros adalah sifat semulajadi bagi manusia sama ada mereka lelaki ataupun wanita. Namun begitu, ia bukan mengizinkan kita untuk terus berbelanja tanpa ada perancangan. Salah satu perancangan yang berkesan adalah menanamkan sikap berjimat cermat tetapi bukan kedekut.

Sikap berjimat cermat adalah satu langkah bijak untuk anda mengawal nafsu perbelanjaan anda. Persoalannya: Bagaimana cara untuk kita berjimat cermat?.

Pertama: Melalui minda & hati anda!
-Niat kerana Allah S.W.T untuk mendapat keberkatanNYA.
-Pupuk minda positif: Fikir kebaikan berjimat-cermat.
-Ada semangat bersungguh-sungguh dan tekun untuk berjimat-cermat.
-Tidak memberi tekanan kepada diri anda untuk berubah. Lakukan secara perlahan-lahan. Anggap ia sebagai PELUANG bukannya CABARAN.
-Bayangkan wang yang anda kumpul sekarang, akan bermakna untuk masa akan datang terutamanya kepada keluarga anda. Andalah harapan keluarga!.


Kedua: Melalui mulut anda!
-Pilih satu perkataan yang anda suka. Sebagai semangat dan motivasi kepada anda!
- Contoh: 'Saya mahu berjimat-cermat!', 'Sikap boros itu amalan syaitan!', "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian', 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit'.
-Tulis dan tampal di tempat yang anda mudah lihat.
-Selalu menyebutnya supaya anda ingat akan matlamat anda untuk berjimat cermat.
-Selalu sebut mudah untuk kita ingat. Apabila kita berbelanja berlebihan, kita akan berbalik kepada matlamat asal kita.

ketiga: Melalui usaha & tingkahlaku anda!
-Jangan sebut sahaja tetapi Do It!
-Sediakan satu tabung khas. Mulakan menabung dengan amaun sedikit dahulu. Tentukan cara menabung anda iaitu adakah setiap sehari?, sebulan? atau setahun?.
-Jangan gelojoh untuk menabung dengan memulakan amaun yang banyak. Kebiasaanya, tindakan gelojoh ini, hasilnya kurang berjaya. Apa yang paling penting adalah disiplin menabung anda.
-Pelbagai cara boleh anda usahakan untuk memupuk sifat berjimat cermat seperti membaca buku-buku berkaitan perancangan mengurus kewangan, melalui keluarga, guru-guru dan rakan-rakan anda.

Terdapat 3 langkah mudah dalam merancang kewangan anda:

1)Menetukan matlamat kewangan anda
- Matlamat jangka pendek
- Matlamat jangka panjang

2)Menilai cara anda berbelanja

- Keperluan vs Kemahuan
- Ayuh 'diet' belanja
- Gunakan Kaedah Penangguhan Pembelian

3)Membuat belanjawan
- Merekod perbelanjaan anda
- Hasil vs Belanja
- Memperbaiki cara anda berbelanja

Saturday, November 7, 2009

Monolog Seindah Mutiara




Wahai muslimah yang berjiwa solehah
menjadi mukminah itu perlu usaha
dikejar-kejar oleh cinta ajnabi itu bukan tiket ke pintu syurga

pedulikan kata-kata yang cuba menyemarakkan lagi api dari neraka
yang cuba menyanjungmu kerana mereka kagum
melihat ada ramai yang cuba menagih cintamu

Wahai muslimah yang berjiwa solehah
walaupun pernah 1 masa dulu
kau amat ternanti-nantikan hadirnya mujahid
menjemputmu dengan salam izin
untuk sama-sama meraih jalan syurga

namun, jangan kau tenggelam dalam bermacam-macam noda
noda yang hadir bagai sarang ular yang dalam
hanya menanti untuk menyebarkan bisa racun kemaksiatan

Jadikanlah dirimu wahai muslimah yang berjiwa solehah
seperti mutiara
seindah mutiara
biar jauh di dasar lautan
dilindungi cengkerang
namun masih terserlah keindahannya
bersinar di dalam lautan yang penuh cahaya kedamaian

Hanya mujahid yang benar-benar berhati soleh
yang mampu mengambilmu
dari dasar lautan dingin
dia membeku dari memandang wajahmu
dia menjauh dari mendengar suaramu
dia menyelam ke dasar cinta Rabbi
demi mendapat mutiara hati

Semoga damai wahai hati muslimah yang berjiwa solehah,
"hargai dirimu seindah mutiara"

Puisi puitis ini adalah karangan daripada penulis blog wardah faqihah.

Terima kasih di atas puisi yang sungguh indah ini.



Cinta Hakiki

InsyaAllah.. Nur akan terus menulis.. Sentiasalah semua membacanya.. Ikuti kisah ini... Nur menulis kisah ini bukan untuk menceritakan cinta duniawi semata-mata tetapi kesedaran utuh mencari cinta yang lebih hakiki iaitu Cinta kepada Maha Pencipta...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Sang puteri tidak putus-putus mengutus surat kepada sang putera. Adakah sang putera masih ingat hari ini adalah hari istimewa untuk sang puteri? 'Mengapa perlu diam, putera?', keluh hati sang puteri. 'Puteri mahu ucapan istimewa dari bibirmu', bisik sang puteri.

Hilangmu puteri ibaratkan seperti daun kering yang dibawa angin taufan. Pantas..... tidak sempat untuk puteri bertanya mengapa dan kenapa?. Salahkah diri ini diberi ruang untuk mengetahui kisah sebenarnya? sedangkan segala cerita, kita pernah kongsikan bersama. Apakah yang tersirat di hatimu wahai sang putera?!

Terik sinaran mentari membuatkan sang puteri berasa letih. Baru sahaja mahu melelapkan matanya, Abu datang mengirim surat.. "Putera!", jerit puteri. Kemudian, sang puteri terus segera mencapainya...dan membuka surat dengan keriangan. Manakala, Abu terus terbang semula ke tempat asalnya. Terpaku membacanya.. 'Apakah benar apa yang puteri baca ini? '..Alhamdulillah... Hilangmu putera adalah kejayaan bermakna untuk dirimu dan diriku...




(1) Ke mana hilangnya?

Kegelapan malam membuatkan sang puteri tercari-cari dimanakah buah hatinya? sang puteri sangkakan sang putera akan datang membantu mendamaikan hatinya..tetapi, tidak menyangka sang putera terus pergi jauh meninggalkan dirinya..tinggallah sang puteri bersendirian... terus bersendiri dalam kekalutan malam..jiwanya resah, gelisah dan sengsara.....

Dengan apa yang terjadi, sang puteri masih dapat melawan kekalutan jiwanya. Terus mempertahankan keegoaanya yang tinggi. Apakah ertinya memburu sesuatu yang belum pasti miliknya?. Terang cahaya bulan memasuki jendela kamarnya, dalam samaran cahaya itu terdetik di hati sang puteri, Mengapa aku menolak lamarannya?. Apakah benar tiada jaminan hubungan yang telah sekian lama dibina?.Dengan perasaan sebak, sang puteri terus tidur.

Esok adalah hari indah buat sang puteri. Adakah sang putera akan hadir dengan gelak tawanya?. Dan mengatakan segala yang berlaku semalam adalah dusta semata-mata. Seawal subuh sang puteri menantinya, sambil melihat titisan embun.Mentari telah memancarkan sinarnya...mengapa sang putera tidak juga muncul bersama mentari tersebut?. Titisan embun sudah berganti dengan titisan manik-manik jernih di pipinya..redha...ketabahan adalah kekuatanmu wahai sang puteri!


bersambung....