CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, December 29, 2009

Tajuk baru...


Alhamdulillah.. Nur, sudah dapat tajuk baru untuk kertas ilmiah. Dahulu cadangnya Nur nak buat ttg pengurusan kewangan dan keusahawanan, tapi Nur ubah semasa berjumpa dgn penyelia kertas ilmiah Nur. Dapat tajuk yg lebih 'current' utk masa sekarang. hehe.

Tajuk:
Keberkesanan Program TEKUN Terhadap Prestasi IKS Bumiputera di Malaysia.

Tajuk ini mmg menarik. Nur harap dapat melakukannya dgn baik.

Terima kasih juga kpd Pn. Nur Liza Bt. Abdullah kerana sudi menjadi penyelia Kertas ilmiah Nur. Baik orgnya, sejuk mata memandang. hehe.

Thursday, December 24, 2009

Amat sukar utk mendapatkan wang. Senang pula menghabiskan wang. Alangkah bagusnya kalau tiada menggunakan wang di dunia ini kan. Huhu.

Nur pernah berjumpa dgn penulis buku Shamsudin Abd. Kadir, beliau pernah mengingatkan: "Jadi TUAN Kpd Duit, jgn jadi HAMBA kpd duit''. Kata-kata itu, membuatkan Nur lebih mahu berhati-hati menggunakan wang supaya kelak tidak memakan diri sendiri.

Mmg senang utk membina gunung2 hutang salah satu puncanya adalah kerana byk benda skrng yg boleh di ambil dahulu byr kemudian. Servis2 sebegini banyak buruknya berbanding baik. Namun begitu, servis ini boleh kita gunakan utk membeli aset2 penting seperti rumah, kereta, perniagaan, tanah dan sebagainya. Ini memandangkan aset2 seperti ini amat mahal di pasaran dan mengambil masa yg lama utk mengumpulnya.

Sekiranya kita hendak membeli brg2 lain seperti perabot, alat perkakasan elektrik seperti air-cond, brg2 perhiasan yg mahal2 dan lain-lain lg, sekiranya kita ada cukup wang sekurang2nya 70% wang drpd harga brg yg kita hendak beli bolehlah membelinya. Tetapi lebih bagus kita beli secara tunai.

Kalau tidak cukup wang, kita lanjutkan pembelian kepada bulan yg lain. Jika belum cukup, buat lagi simpanan sehingga kita dpt membeli brg tersebut. Cara ini dinamakan Kaedah Penangguhan Pembelian. Kaedah ini dpt mengajar kita mengawal nafsu dan sikap terburu2 membeli barang. Sebenarnya, dah rambang mata tu. Hehe. Insya-Allah jika kita bersabar tentu akn mendapat kebaikan.

Sifat sebegini bagus dan beri manfaat lg sebb apb kita sendiri yg mengumpul wang utk membeli brg tersebut, kita lebih menghargai dan menjaga brg tersebut. Kiranya ada nilai sentimental la tu. Hehe. Kita lihat satu contoh iaitu kereta. Kita lihat di antara mereka yg membeli kereta (Ayh @ mak) dgn mereka yg memakai shj kereta (anak2), mana satu yg lebih menjaganya?. Anda mungkin sudah tahu jwpnnya..

Wednesday, December 23, 2009

Apakah hubungan antara pengurusan kewangan dan keusahawanan?

Di sini, Nur ingin mencari beberapa perkara penting utk mengaitkan atr kedua-dua hubungan ini. Nur bercadang utk membuat tajuk ini di dalam kertas ilmiah. Datanglah idea...huhu..sesiapa yg mahu berkongsi idea dan pendapat, Nur amat mengalu2kan.

Keusahawanan adalah satu bidang yg memerlukan pelbagai kemahiran dlm bidang pengurusan. Utk memastikan kestabilan dlm perniagaan, keupayaan utk mengendalikan pengurusan kewangan adalah perlu dititikberatkan.

Kelmarin, Nur ada berjumpa dgn bos sebuah restoran yg berjaya di Batu Pahat, Johor. Sempat jg Nur mendapatkan tips2 drpd beliau. Beliau seorang yg peka terhadap akaun kedainya. Walaupun $10 sen hilang dia tetp akn bertanya ke mana hilangnya wang itu.

Drpd cerita di atas, Nur percaya bahawa seseorang bos yg mempunyai rekod pengurusan kewangan peribadi yg baik mampu utk mengawal kewangan syarikatnya. Di sini, kita dpt lihat 'Disiplin Dalam Pengurusan Kewangan ' adalah kunci utm utk seseorang usahawan berjaya dlm bidang keusahawanan.




Tuesday, December 15, 2009

Bunga Melur

Di hujung sana tempatmu, bunga melur
Bukan di taman yang indah, bunga melur
Hanya di sudut halaman
Tiada dihiasi jambangan indah permai

Tapi warnamu yang putih, bunga melur
Tandanya suci dan murni, bunga melur
Walaupun ditiup debu
Warnamu dan baumu tetap memikat kalbu

Ibarat gadis desa, bunga melur
Sederhana...
Walau kering tak bercahaya, bunga melur
Baumu memikat jiwa

Semoga sabar dahulu, bunga melur
Pada di satu ketika, bunga melur
Masanya kan menjelma
Disanjung dan dipuja
Oleh gadis remaja

Kehidupan yg telah dilalui sehinggalah sekarang sgt memberi makna yg besar buat Nur. Dari kecil sehinggalah sekarang, masih banyak perkara yg perlu diperbaiki. Semakin banyak kita belajar, semakin banyak kita mengenali kelemahan diri kita sendiri.

Monday, December 14, 2009

Pada masa kini, wang adalah penyebab utama kepada wujudnya pendapatan dan perbelanjaan, bertepatan dengan fungsi wang itu sendiri sebagai alat utk menjual beli, membayar sewa atau hutang. Wang boleh diperoleh dgn pelbagai cara tetapi secara amnya adalah dgn cara bekerja. Kita bekerja utk mendapatkan upah @ gaji bg menyara keluarga. Dengan menggunakan gaji itulah kita merancang utk membeli brg2, membayar hutang, dan sbgnya. Dgn menggunakan wang yg sedia itulah, kita harus memikirkan cara untuk menyimpan dan berbelanja Jadi, wujud disini proses seterusnya iaitu pengurusan kewangan. Terdapat 2 aspek yg boleh dilihat:

a) bijak mengurus
b) gagal merancang

Sekiranya kita bijak mengurus, insyaAllah masa depan kita cerah dan baik. Manakala, sekiranya kita gagal merancang ia boleh mengundang pelbagai kesusahan dan bebanan hutang pada masa hadapan. Salah satu tujuan utk kita merancang kewangan peribadi ini adalah sebagai sekuriti jgka pjg utk hari tua @ waktu persaraan.

Pelbagai cara dan langkah yg boleh kita ikuti untuk menjadi seorang yg bijak dlm mengurus kewangan diri kita. Namun, apa yg sy ingin tekankan disini adalah org yg gagal dlm merancang adalah disebabkan adanya sifat boros. Sifat boros itu, yg menyebabkan kita bukn shj lalai dlm berbelanja malahan leka membina gunung2 hutang.

Konklusinya, menerusi perbaincangan ringkas di atas kita dapat melihat terdapat proses yg wujud dan saling berkait antara satu sama lain. Secara cartanya:

WANG -> PENGURUSAN KEWANGAN -> MASA DEPAN

Cinta Sepi

Saat hati perlukan cinta,
untuk diriku yg sedang kesepian,
saat itu kau menghadirkan diri,
namunku x mampu,
untuk menaruh harapan.

Bila kau bilang cinta sama aku,
aku anggap ia hanya mimpi indah,
biarlah dia pergi,
aku tidak mengharap,
semuanya ku berserah.

Bila kita ada rasa,
masih jauh untuk tiba,
namun kupercaya suatu hari nanti,
masih ada peluang,
untuk cinta kita,
bersatu semula.