CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 24, 2009

Amat sukar utk mendapatkan wang. Senang pula menghabiskan wang. Alangkah bagusnya kalau tiada menggunakan wang di dunia ini kan. Huhu.

Nur pernah berjumpa dgn penulis buku Shamsudin Abd. Kadir, beliau pernah mengingatkan: "Jadi TUAN Kpd Duit, jgn jadi HAMBA kpd duit''. Kata-kata itu, membuatkan Nur lebih mahu berhati-hati menggunakan wang supaya kelak tidak memakan diri sendiri.

Mmg senang utk membina gunung2 hutang salah satu puncanya adalah kerana byk benda skrng yg boleh di ambil dahulu byr kemudian. Servis2 sebegini banyak buruknya berbanding baik. Namun begitu, servis ini boleh kita gunakan utk membeli aset2 penting seperti rumah, kereta, perniagaan, tanah dan sebagainya. Ini memandangkan aset2 seperti ini amat mahal di pasaran dan mengambil masa yg lama utk mengumpulnya.

Sekiranya kita hendak membeli brg2 lain seperti perabot, alat perkakasan elektrik seperti air-cond, brg2 perhiasan yg mahal2 dan lain-lain lg, sekiranya kita ada cukup wang sekurang2nya 70% wang drpd harga brg yg kita hendak beli bolehlah membelinya. Tetapi lebih bagus kita beli secara tunai.

Kalau tidak cukup wang, kita lanjutkan pembelian kepada bulan yg lain. Jika belum cukup, buat lagi simpanan sehingga kita dpt membeli brg tersebut. Cara ini dinamakan Kaedah Penangguhan Pembelian. Kaedah ini dpt mengajar kita mengawal nafsu dan sikap terburu2 membeli barang. Sebenarnya, dah rambang mata tu. Hehe. Insya-Allah jika kita bersabar tentu akn mendapat kebaikan.

Sifat sebegini bagus dan beri manfaat lg sebb apb kita sendiri yg mengumpul wang utk membeli brg tersebut, kita lebih menghargai dan menjaga brg tersebut. Kiranya ada nilai sentimental la tu. Hehe. Kita lihat satu contoh iaitu kereta. Kita lihat di antara mereka yg membeli kereta (Ayh @ mak) dgn mereka yg memakai shj kereta (anak2), mana satu yg lebih menjaganya?. Anda mungkin sudah tahu jwpnnya..

0 Comments:

Post a Comment