CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, December 14, 2009

Pada masa kini, wang adalah penyebab utama kepada wujudnya pendapatan dan perbelanjaan, bertepatan dengan fungsi wang itu sendiri sebagai alat utk menjual beli, membayar sewa atau hutang. Wang boleh diperoleh dgn pelbagai cara tetapi secara amnya adalah dgn cara bekerja. Kita bekerja utk mendapatkan upah @ gaji bg menyara keluarga. Dengan menggunakan gaji itulah kita merancang utk membeli brg2, membayar hutang, dan sbgnya. Dgn menggunakan wang yg sedia itulah, kita harus memikirkan cara untuk menyimpan dan berbelanja Jadi, wujud disini proses seterusnya iaitu pengurusan kewangan. Terdapat 2 aspek yg boleh dilihat:

a) bijak mengurus
b) gagal merancang

Sekiranya kita bijak mengurus, insyaAllah masa depan kita cerah dan baik. Manakala, sekiranya kita gagal merancang ia boleh mengundang pelbagai kesusahan dan bebanan hutang pada masa hadapan. Salah satu tujuan utk kita merancang kewangan peribadi ini adalah sebagai sekuriti jgka pjg utk hari tua @ waktu persaraan.

Pelbagai cara dan langkah yg boleh kita ikuti untuk menjadi seorang yg bijak dlm mengurus kewangan diri kita. Namun, apa yg sy ingin tekankan disini adalah org yg gagal dlm merancang adalah disebabkan adanya sifat boros. Sifat boros itu, yg menyebabkan kita bukn shj lalai dlm berbelanja malahan leka membina gunung2 hutang.

Konklusinya, menerusi perbaincangan ringkas di atas kita dapat melihat terdapat proses yg wujud dan saling berkait antara satu sama lain. Secara cartanya:

WANG -> PENGURUSAN KEWANGAN -> MASA DEPAN

0 Comments:

Post a Comment