CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, November 10, 2009



Sikap boros adalah sifat semulajadi bagi manusia sama ada mereka lelaki ataupun wanita. Namun begitu, ia bukan mengizinkan kita untuk terus berbelanja tanpa ada perancangan. Salah satu perancangan yang berkesan adalah menanamkan sikap berjimat cermat tetapi bukan kedekut.

Sikap berjimat cermat adalah satu langkah bijak untuk anda mengawal nafsu perbelanjaan anda. Persoalannya: Bagaimana cara untuk kita berjimat cermat?.

Pertama: Melalui minda & hati anda!
-Niat kerana Allah S.W.T untuk mendapat keberkatanNYA.
-Pupuk minda positif: Fikir kebaikan berjimat-cermat.
-Ada semangat bersungguh-sungguh dan tekun untuk berjimat-cermat.
-Tidak memberi tekanan kepada diri anda untuk berubah. Lakukan secara perlahan-lahan. Anggap ia sebagai PELUANG bukannya CABARAN.
-Bayangkan wang yang anda kumpul sekarang, akan bermakna untuk masa akan datang terutamanya kepada keluarga anda. Andalah harapan keluarga!.


Kedua: Melalui mulut anda!
-Pilih satu perkataan yang anda suka. Sebagai semangat dan motivasi kepada anda!
- Contoh: 'Saya mahu berjimat-cermat!', 'Sikap boros itu amalan syaitan!', "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian', 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit'.
-Tulis dan tampal di tempat yang anda mudah lihat.
-Selalu menyebutnya supaya anda ingat akan matlamat anda untuk berjimat cermat.
-Selalu sebut mudah untuk kita ingat. Apabila kita berbelanja berlebihan, kita akan berbalik kepada matlamat asal kita.

ketiga: Melalui usaha & tingkahlaku anda!
-Jangan sebut sahaja tetapi Do It!
-Sediakan satu tabung khas. Mulakan menabung dengan amaun sedikit dahulu. Tentukan cara menabung anda iaitu adakah setiap sehari?, sebulan? atau setahun?.
-Jangan gelojoh untuk menabung dengan memulakan amaun yang banyak. Kebiasaanya, tindakan gelojoh ini, hasilnya kurang berjaya. Apa yang paling penting adalah disiplin menabung anda.
-Pelbagai cara boleh anda usahakan untuk memupuk sifat berjimat cermat seperti membaca buku-buku berkaitan perancangan mengurus kewangan, melalui keluarga, guru-guru dan rakan-rakan anda.

0 Comments:

Post a Comment