CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, February 15, 2013

CINTA MANUSIA BIASA


Bila aku dapat sayangmu aku rasa bahagia,
namun bila kau tidak mengendahkanku aku terkilan,
sudah lama aku memendam perasaan kepadamu,
dengan rasa pilu inilah,
aku menulis kalam cinta dari hatiku untukmu,
agar dpt kuluahkan,
agar dapat kukatakan,
apa yg terbuku di lubuk hati ini.

Kita belum pernah berjumpa,
hanya melalui skype dan telefon sahaja,
aku tahu itu tidak cukup untukmu mengenaliku,
apakan dayaku...,
seperti ada tembok pemisah yg menghalang,
diriku dari terus membenarkan kau mengetahui
siapa diriku dan bagaimanakah aku sebenarnya...

Adakah aku perlu belajar redha untukmu..
adakah aku mampu???,
sememangnya sukar untuk diri ini melepaskanmu..
tetapi ada yg menguatkan lgi redhaku ini,
Yaa..aku bukan untukmu,
kita jauh berbeza!,
itulah bisikan hatiku
yg mampu untuk melupakan dirimu.

aku tidak menyalahkan engkau,
aku tahu..
aku faham..
engkau tidak berani untuk memberi kata putus
selagi engkau tidak mengenali diri aku..

Sampai bila aku mahu berahsia,
sampai bila aku mahu mengelak,
entahlah sayang....
aku perlukan kekuatan untuk semua ini.

kenapa begitu kuat aku menyintai dirimu?
adakah melalui namamu??
adakah melalui rupamu??
adakah melalui gaya percakapanmu??

walaupun aku lepaskanmu terbang bersama teman yg lain..
bersama bunga-bunga yang ada..
namun di sudut hati ini..
aku berkata,
mengapa bukan aku yang berdiri seiring dgnmu
walau kemana sahaja engkau pergi?
tinggi benar anganku ini..huh~~

puisi ini menjadi saksi ketiga..
lagu ku gubah untukmu adalah saksi pertama..
dan folder gambarmu adalah saksi kedua..
sepertinya aku taksub kepada cintamu..
Tidak!..aku tidak terlalu taksub!
aku hanya 'admire' pd dirimu..
aku masih ingat Allah,
dan masih berpijak di bumi yang nyata.

aku kini tidak mengharapkan dirimu...
tapi bukan bermaksud aku ingin melupakan terus dirimu,
aku mahu beri ruang kepada diri ini..
belajar berdisiplin..
disiplin diri untuk mengejar cintamu..
hanya aku dan Allah sahaja yang tahu..

Ya Allah, jika dia benar jodohku..
temukanlah aku dan dia dalam rahmatMu..
satukanlah kami dalam barakahMU..
agar jalan cinta kami SATU..
Hanya kepadaMU..

***Tinggal kenangan....Puisi ini telah dikarang pada 24 Ogos 2010...Bila baca balik mcm nak tergelak (dah tergelak pon) yela sebabnya cinta pada zaman remaja..masa ni tengah beremosi taip..bila siap tulis,diri sendiri mcm x percaya pandai rupanya saya menaip puisi cinta cintun..hehehe....xpela..biarkan jd kenangan..kenangan itu kan satu saat-saat sukar @ indah yg dilalui satu masa dahulu yg memberi pengajaran & ada yg menggembirakan, tak kurang jugak melucukan mcm puisi kat ats ni...*** Selamat Membaca..









Seelok-eloknya hati ini hampa, hancur dan remuk sekiranya tidak mempunyai IMAN dalam hati...

Kumbang bukan seekor kan..=)

YA ALLAH aku berlindung di bawah rahmatMU selama-lamanya..jangan pisahkan atau abaikan aku, aku Takut..berilah aku kekuatan untuk terus berada dalam jalanMU dan penjagaanMU...Aminn

0 Comments:

Post a Comment