Friday, November 13, 2009
Thursday, November 12, 2009
Check out this SlideShare Presentation:
Segala puji dan syukur buat pencipta seluruh alam. Allah Subhanahuwataala. Selawat dan salam buat tokoh keamanan teragung. Nabi Muhammad s.a.w
Masih ingat lagi di awal semester ini, Nur bersemangat untuk belajar. Namun begitu, permulaan sahaja sudah mencabar, apatah lg hari-hari seterusnya. Masa banyak dihabiskan dgn mengarang, memikir dan menganalisis maklum sajalah ekonomi. Pengkhususan dalam kewangan dan fiskal bukanlah suatu yg mudah malahan sgt2 mencabar bermula dgn kisah perbelanjaan awam, eko percukaian, ekonomi kewangan sehinggalah kaedah penyelidikan. Semuanya payah!
Dalam kepayahan, ada jugak kisah2 yg lucu dan x masuk dek akal..hehe..semuanya kenangan. Nur percaya semua org ada pengalaman yg sama. Kehidupan yg dikelilingi oleh org yg kita sayang dgn org yg syg kita menjadikan hati kita sentiasa berbunga. Kalau hati ini ada skrin, mesti semua nampak Nur tengah tanam bunga ros. Ibaratnya begitula ye.hehe.

Glitterfy.com - Glitter Graphics
Tak lepas juga dgn kesedihan dan kemurungan. Tapi, pada Nur kalau dilayan perasaan sedih tu x kemana pun. Nur cuba positifkan minda dan hati Nur kerana bagi Nur Segala yg dtg adalah rezeki pd kita dan segala yg pergi bukanlah ditakdirkan utk kita. Semuanya ada hikmah. Allah itu Maha Mengetahui dan Maha Pemurah. InsyaAllah..
Dan di akhir semester ini, banyak perkara yg membuatkan Nur semakin matang. Nur, bukanlah insan yang sempurna. Maafkan Nur jika ada menyakiti hati sesiapa dan terima kasih kpd semua yg hadir membahagiakan hidup ini.
Salam ukhwah.
Tuesday, November 10, 2009

Sikap boros adalah sifat semulajadi bagi manusia sama ada mereka lelaki ataupun wanita. Namun begitu, ia bukan mengizinkan kita untuk terus berbelanja tanpa ada perancangan. Salah satu perancangan yang berkesan adalah menanamkan sikap berjimat cermat tetapi bukan kedekut.
Sikap berjimat cermat adalah satu langkah bijak untuk anda mengawal nafsu perbelanjaan anda. Persoalannya: Bagaimana cara untuk kita berjimat cermat?.
Pertama: Melalui minda & hati anda!
-Niat kerana Allah S.W.T untuk mendapat keberkatanNYA.
-Pupuk minda positif: Fikir kebaikan berjimat-cermat.
-Ada semangat bersungguh-sungguh dan tekun untuk berjimat-cermat.
-Tidak memberi tekanan kepada diri anda untuk berubah. Lakukan secara perlahan-lahan. Anggap ia sebagai PELUANG bukannya CABARAN.
-Bayangkan wang yang anda kumpul sekarang, akan bermakna untuk masa akan datang terutamanya kepada keluarga anda. Andalah harapan keluarga!.
Kedua: Melalui mulut anda!
-Pilih satu perkataan yang anda suka. Sebagai semangat dan motivasi kepada anda!
- Contoh: 'Saya mahu berjimat-cermat!', 'Sikap boros itu amalan syaitan!', "bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian', 'sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit'.
-Tulis dan tampal di tempat yang anda mudah lihat.
-Selalu menyebutnya supaya anda ingat akan matlamat anda untuk berjimat cermat.
-Selalu sebut mudah untuk kita ingat. Apabila kita berbelanja berlebihan, kita akan berbalik kepada matlamat asal kita.
ketiga: Melalui usaha & tingkahlaku anda!
-Jangan sebut sahaja tetapi Do It!
-Sediakan satu tabung khas. Mulakan menabung dengan amaun sedikit dahulu. Tentukan cara menabung anda iaitu adakah setiap sehari?, sebulan? atau setahun?.
-Jangan gelojoh untuk menabung dengan memulakan amaun yang banyak. Kebiasaanya, tindakan gelojoh ini, hasilnya kurang berjaya. Apa yang paling penting adalah disiplin menabung anda.
-Pelbagai cara boleh anda usahakan untuk memupuk sifat berjimat cermat seperti membaca buku-buku berkaitan perancangan mengurus kewangan, melalui keluarga, guru-guru dan rakan-rakan anda.
Terdapat 3 langkah mudah dalam merancang kewangan anda:
1)Menetukan matlamat kewangan anda
- Matlamat jangka pendek
- Matlamat jangka panjang
2)Menilai cara anda berbelanja
- Keperluan vs Kemahuan
- Ayuh 'diet' belanja
- Gunakan Kaedah Penangguhan Pembelian
3)Membuat belanjawan
- Merekod perbelanjaan anda
- Hasil vs Belanja
- Memperbaiki cara anda berbelanja















